Masyarakat kita memang sudah sebati dengan surah YaSin. Sebut apa pun majlis, mesti akan diadakan bacaan YaSin. Setiap malam Jumaat dibaca YaSin, hendak masuk rumah baru dibaca YaSin, hendak hantar anak masuk universiti dibaca YaSin, kalau ada hajat dibacanya YaSin, ada kenduri dibaca YaSin dan bermacam-macam lagi. Betapa dekatnya surah YaSin pada hati masyarakat Melayu kita. Alhamdulillah, moga-moga ia diterima sebagai amal ibadah di sisi ALLAH ‘Azza wa Jalla, amin.
Apa istimewanya surah YaSin berbanding surah lain? Kenapa masyarakat kita begitu lazim dengan surah YaSin? Mungkin anda yang tertanya-tanya, atau mungkin juga ada yang hanya ikut sahaja tradisi masyarakat kita tanpa memikirinya. Sami’na wa ato’na katanya…
Tidak ada komentar:
Posting Komentar