Jika seorang
lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki
itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya,
sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka
bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu
sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka
itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh
didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud,
kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’
subhah iaitu persetubuhan yang meragukan.
Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an
dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah
Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila
sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud,
iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah
Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :
“Perempuan
yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi
oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan
hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari
Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan
kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.
(Surah An- Nur ayat 2)
ZINA
TERBAHAGI KEPADA DUA :
1. ZINA MUHSAN
2. ZINA BUKAN MUHSAN
ZINA
MUHSAN
Iaitu lelaki
atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal
(sudah pernah berkahwin)
ZINA
BUKAN MUHSAN
Iaitu
lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan
yang halal (belum pernah berkahwin).
Perzinaan
yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah
lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan
telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan
secara halal.
Penzinaan
yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas
tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan,
tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan
zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh
hukum syarak.
HUKUMAN
YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN
Seseorang
yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib
dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan
batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan
di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146
yang bermaksud :
”Lelaki
atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas
mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana
besarnya sehingga mati”.
Seseorang
yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan
wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan
buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab
Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :
”Lelaki
atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan
keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.
PEREMPUAN
YANG DI ROGOL DAN DI PERKOSA
Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang
melakukan perzinaan dan telah disabit dengan bukti –bukti
yang diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan
dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka
dalam kes ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan
hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu.
Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan
dan telah sabit kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan
yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang keraguan dipihak hakim,
maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud keatas lelaki yang
merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke
atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat.
Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia
adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan,
maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud
(tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa
perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu.
Kamis, 05 Desember 2013
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Cara Cepat Belajar Mengaji Al quran Untuk Pemula [Mudah dan Praktis] November 9, 2017 by Miqdad Nashr Belajar Mengaji – Kitab Al...
-
makalah model pembelajaran kooperatif Makalah Tentang Model Pembelajaran Kooperatif Bab I Pendahuluan A. Lata...
-
Cara Cepat Belajar Mengaji Al quran Untuk Pemula [Mudah dan Praktis] November 9, 2017 by Miqdad Nashr Belajar Mengaji – Kitab Al...
-
Pengertian Drama dan Teater Teater adalah istilah lain dari drama, tetapi dalam pengertian yang lebih luas, teater adalah pros...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar