PENAFSIRAN AL QURAN
Umum |
Al Qur’anul Karim adalah kitab Allah yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., mengandungi hal-hal yang berhubungan dengan keimanan, ilmu pengetahuan, kisah-kisah, filsafah, peraturan-peraturan yang mengaturkan tingkah laku dan tatacara hidup manusia, baik sebagai makhluk individu atau pun sebagai makhluk sosial, sehingga berbahagia hidup di dunia dan di akhirat. Al Qur’anul Karim dalam menerangkan hal-hal yang tersebut di atas, ada yang dikemukakan secara terperinci, seperti berhubungan dengan hukum perkahwinan, hukum warisan dan sebagainya, dan ada pula dikemukakan secara umum dan garis besarnya saja. Yang diterangkan secara umum dan garis besarnya ini, ada yang diperinci dan dijelaskan oleh hadits-hadits Nabi Muhammad s.a.w., dan ada yang diserahkan kepada kaum Muslimin sendiri memperincinya sesuai dengan keperluan suatu kelompok manusia, keadaan. masa dan tempat, seperti dalam soal kenegaraan. Al Qur’an mengemukakan "prinsip musyawarah" adanya suatu badan yang mewakili rakyat, keharusan berlaku adil dan sebagainya. Di samping itu agama Islam membuka pintu ijtihad bagi kaum Muslimin dalam hal yang tidak diterangkan oleh Al Qur’an dan hadits secara qath ‘1 (tegas). Pembukaan pintu ijtihad inilah yang memungkinkan manusia memberi komentar, memberi keterangan dan mengeluarkan pendapat tentang hal yang tidak disebut atau yang masih umum dan belum terperinci dikemukakan oleh Al Qur’an. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri beserta sahabat-sahabat beliau adalah orang-orang yang menjadi pelopor dalam hal ini, kemudian diikuti oleh para tabi’ien, para tabi’it tabi’ien dan generasi-generasi yang tumbuh dan hidup pada masa-masa berikutnya. Memang, pada masa hidup Rasulullah s.a.w., keperluan tentang tafsir Al Qur’an belumlah begitu dirasakan, sebab apabila para sahabat tidak atau kurang memahami sesuatu ayat Al Qur’an, mereka dapat terus menanyakannya kepada Rasulullah. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. selalu memberikan jawapan yang memuaskan. Setelah Rasulullah s.a.w. meninggal, apalagi setelah agama Islam meluaskan sayapnya ke luar jaziratul Arab, dan memasuki daerah-daerah yang berkebudayaan lama, terjadilah pertembugan antara agama Islam yang masih dalam bentuk kesederhanaannya di satu pihak, dengan kebudayaan lama yang telah mempunyai pengalaman, perkembangan serta kekuatan daya juang di pihak yang lain. Di samping itu kaum Muslimin sendiri menghadapi persoalan baru, terutama yang berhubungan dengan pemerintahan dan pemulihan kekuasaan berhubung dengan meluasnya daerah Islam itu. Pergeseran, pertembungan dan keperluan ini menimbulkan persoalan baru. Persoalan baru itu akan dapat dipecahkan apabila ayat Al Qur’an ditafsirkan dan diberi komentar untuk menjawab persoalan-persoalan yang baru timbul itu. Maka tampillah ke muka beberapa orang sahabat dan tabi’ien memberanikan diri mentafsirkan ayat Al Qur’an yang masih bersifat umum dan global itu, sesuai dengan batas-batas lapangan berijtihad bagi kaum Muslimin. Demikianlah, tiap-tiap generasi yang mewarisi kebudayaan dari generasi sebelumnya; keperluan suatu generasi berlainan dan hampir tidak sama dengan keperluan generasi yang lain. Begitu pula perbedaan tempat dan keadaan, tidak dapat dikatakan sama keperluan dan keperluannya, sehingga timbullah penyelidikan dan pengolahan dari apa yang telah didapat dan dilakukan oleh generasi-generasi yang dahulu, serta saling tukar menukar pengalaman yang dialami oleh manusia pada suatu daerah dengan daerah lain; mana yang masih sesuai dipakai, mana yang kurang sesuai dilengkapi dan mana yang tidak sesuai lagi diketepikan, sampai nanti keadaan dan masa diperlukan pula. Begitu pula halnya tafsir Al Qur’an; ia berkembang mengikuti irama perkembangan masa dan memenuhi keperluan manusia dalam suatu generasi, Tiap-tiap masa dan generasi menghasilkan tafsir-tafsir Al Qur’an yang sesuai dengan keperluan dan keperluan generasi itu dengan tidak menyimpang dari ketentuan-ketentuan agama Islam sendiri. Dalam pada itu ilmu Tafsir sendiri yang dahulu merupakan sebagian dari ilmu Hadits telah berkembang bersama dengan ilmu-ilmu yang lain. Sebagaimana halnya dengan ilmu-ilmu yang lain, maka di dalam ilmu Tafsir terdapat pula aliran-aliran dan perbedaan pendapat yang timbul karena perbedaan pandangan dari segi meninjaunya, sehingga sampai pada saat ini terdapat puluhan, bahkan ratusan kitab-kitab tafsir dari berbagai-bagai aliran, sebagai hasil karya dari generasi-generasi yang sebelumnya. Dalam menghuraikan perkembangan kitab-kitab tafsir dan ilmu Tafsir dapat dibahagi kepada tiga zaman: a. Zaman mutaqaddimin. b. Zaman mutaakhirin. c. Zaman baru. |
Perbezaan sahabat dalam memahami al-Quran |
· 1. Sekalipun para sahabat orang-orang Arab dan berbahasa Arab, tetapi pengetahuan mereka tentang bahasa Arab berbeza-beza, seperti berbeza-bezanya pengetahuan para sahabat tentang sastra Arab, gaya bahasa Arab, adat istiadat dan sastra Arab Jahiliyah, kata-kata yang terdapat dalam Al Qur’an dan sebagainya. sehingga tingkatan mereka dalam memahami ayat-ayat Al Qur’an berbeza-beza pula. 2. Ada sababat yang sering mendampingi Nabi Muhammad saw, sehingga banyak mengetahui sebab-sebab ayat-ayat Al Qur’an diturunkan dan ada pula yang jarang mendampingi beliau. Pengetahuan tentang sebab-sebab Al Qur’an diturunkan itu, sangat diperlukan untuk mentafsirkan Al Qur’an. Kerana itu sahabat-sahabat yang banyak pengetahuan mereka tentang sebab Al Qur’an diturunkan itu, lebih mampu mentafsirkan ayat-ayat Al Qur’an dibandingakan dengan yang lain. Sebagai contoh dapat dikemukakan sebagai berikut: Diriwayatkan bahwa Khalifah Umar bin Khaththab telah mengangkat Qudamah sebagai gabenor Bahrain. Dalam suatu peristiwa datanglah Jarud mengadu kepada Khalifah Umar, bahwa Qudamah telah meminum khamar dan mabuk. Umar berkata: "Siapakah orang lain yang ikut menyaksikan perbuatan tersebut?" kata Jarud: "Abu Hurairah telah menyaksikan apa yang telah kukatakan". Khalifah Umar memanggil Qudamah dan mengatakan: "‘Ya Qudamah! Aku akan mendera engkau!". Lalu berkata Qudamah: "Seandainya aku meminum khamar sebagaimana yang mereka katakan, tidak ada suatu alasan pun bagi engkau untuk mendera". Umar bertanya: "Kenapa?" jawab Qudamah: "Kerana Allah telah berfirman dalam surat (5) Al Maaidah ayat 93: Artinya: Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan rnengerjakan amalan yang saleh, kerana memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa serta beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka (tetap juga) bertakwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Sedang saya adalah orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, kemudian bertakwa dan beriman, saya ikut bersama Nabi Muhammad saw. dalam perang Badar, perang Uhud, perang Khandaq dan peperangan yang lain." Umar berkata: "Apakah tidak ada di antara kamu sekelian yang akan membantah perkataan Qudamah?". Berkata lbnu Abbas: "Sesungguhnya ayat 93 surah (5) Al Ma-aidah diturunkan sebagai melindungi umat di masa sebelum ayat 90 ini diturunkan, kerana Allah berfirman: Surat (5) Al Maa-idah ayat 90 (yang bermaksud): Artinya: · "Hal orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum khamar, berjudi. (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji; termasuk perbuatan syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar mendapat keberuntungan (kejayaan)". Berkata Umar: "Benarlah lbnu Abbas." · Dari keterangan di atas dapat diambil kesimpulan bahwa lbnu Abbas lebih mengetahui sebab-sebab dlturunkannya ayat 93 surah (5) Al Maa-idah dibanding dengan Qudamah. Sebab menurut riwayat Ibnu Abbas, bahwa setelah ayat 90 surat (5) Al Maa'idah diturunkan, sahabat-sahabat saling menanyakan tentang keadaan para sahabat yang telah meninggal, padahal mereka dahulu sering meminum khamar seperti Sayidina Hamzah, bapa saudara Nabi yang gugur sebagai syuhadaa pada perang Uhud. Ada sahabat yang mengatakan bahawa Hamzah tetap berdosa kerana perbuatannya yang telah lalu itu. kerana itu turunlah ayat 93 surah (5) Al Maa-idah, yang menyatakan bahawa umat Islam yang meninggal sebelum turunnya ayat 90 surah (5) Al Maa'idah tidak berdosa kerana meminum khamar itu, tetapi umat sekarang berdosa meminumnya. 3. Perbezaan tingkat pengetahuan para sahabat tentang adat istiadat, perkataan dan perbuatan Arab Jahiliyah. Para sahabat yang mengetahui haji di masa Jahiliyah akan lebih dapat memahami ayat-ayat Al Qur’an yang berhubungan dengan haji. dibanding dengan para sahabat yang kurang tahu. 4. Perbezaan tingkat pengetahuan para sahabat tentang yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani di Jaziratul Arab, pada waktu suatu ayat Al Qur’an diturunkan. Sebab suatu ayat diturunkan ada yang berhubungan dengan penolakan atau sanggahan terhadap perbuatan-perbuatan orang-orang Yahudi dan Nasrani itu. akan lebih dapat memahami ayat-ayat tersebut dibanding dengan yang tidak mengetahui. |
Sumber tafsir pada masa ini |
· 1. Perkataan, perbuatan, taqrir dan jawapan Rasulullah saw terhadap soal-soal yang dikemukakan para sahabat apabila kurang atau tidak dapat memahami maksud suatu ayat Al Qur’an. Tafsiran yang berasal dari Rasulullah ini disebut "Tafsir manquul’ Seperti: diriwayatkan bahwa Raaulullah s.aw. bersabda: "Ashshalaatul wusthaa" dalam surah (2) Al Baqarah ayat 238 maksudnya ialah: sembahyang asar. Contoh lain ialah: Ali bin Abi Thalib berkata: "Aku menanyakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang Yaumul Hajjl Akbar", dalam surat (9) At Taubah ayat 3, Rasulullah s.a.w. menjawab: "Yaumun nahr." Tafsir yang berasal dari sabda, perbuatan, taqrir dan jawapan Rasulullah terhadap soal-soal yang diajukan ini, didapati dalam bentuk hadits, yang mempunyai sanad-sanad tertentu. Sebagaimana halnya hadits, maka sanad ini ada yang saheh, yang hasan, yang dhaif, yang maudhu' dan sebagainya. Begitu pula sering didapati maknanya bertentangan dengan khabar yang mutawatir, bahkan bertentangan dengan akal fikiran. Oleh sebab itu apabila hadits tafsir ini akan digunakan untuk metafsirkan ayat-ayat Al Qur’an, perlu diadakan penelitian lebih dahulu, apakah dapat dijadikan hujjah atau tidak. 2. Ijtihad. Diantara para sahabat dan tabi’ien dalam metafsirkan Al Qur’an, di samping menggunakan hadits-hadts Nabi, juga menggunakan hasil fikiran mereka masing-masing; mereka berijtihad dalam menetapkan maksud suatu ayat. Hal ini mereka lakukan kerana mereka mengetahui tentang hal-hal yang berhubungan dengan bahasa Arab, mengetahui tentang sebab-sebab suatu ayat diturunkan, mengetahui adat istiadat Arab Jahiliyah dan tentang Cerita-Cerita Israiliyaat dan sebagainya. Contohnya ialah: kata ‘Aththuur" dalarn ayat 63 surah (2) Al Baqarah ditafsirkan dengan tafsiran yang berbeza. Mujahid mentafsirkannya dengan "gunung", sedang Ibnu Abbas mentafsirkannya dengan "gunung Thuur" dan sebagainya. Di samping itu ada pula di antara sahabat dan tabi’ien yang tidak mahu mentafsirkan Al Qur’an menurut ijtihad mereka, seperti Said bin Musayyab ketika ditanya tentang mentafsirkan Al Qur’an dengan ijtihad, beliau menjawab: "Saya tidak akan mengatakan sesuatu tentang Al Qur’an." 3. Cerita-cerita Israiliyaat: ialah berita yang berasal dari orang-orang Yahudi dan Nasrani. Kaum Muslimin banyak mengambil cerita dari lsrailiyaat ini, sebab Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah berkata: "Bila dikisahkan kepadamu tentang ahli Kitab janganlah dibenarkan dan jangan pula dianggap dusta". Maksudnya ialah supaya kaum Muslimin menyelidiki lebih dahulu tentang kebenaran cerita-cerita yang dikemukakan oleh ahli Kitab. Setelah nyata kebenarannya barulah diambil sebagai pegangan. |
Ahli tafsir pada zaman ini |
|
Zaman Mutaakhirin (Abad ke 4 H hingga ke 12 H) |
· 1. Golongan yang meninjau dan mentafsirkan Al Qur’an dari segi gaya bahasa dan keindahan bahasa. Yang menyusun secara ini ialah Az Zamakhsyari dalam tafsirnya Al Kasysyaaf kemudian diikuti oleh Baidhawy. 2. Golongan yang meninjau dan mentafsirkan Al Quran dari segi tata bahasa, kadang-kadang mereka menggunakan syair-syair Arab untuk mengukuhkan pendapat mereka, seperti Az Zajjaad dalam tafsirnya: Ma’aanil Qur’an; Al Waahadi dalam tafsirnya: Al Basiith; Abu Hayyaan Muhammad bin Yusuf al Andalusi dalam tafsirnya: Al Bahrul Muhiith. 3. Golongan yang menitik beratkan perbahasan mereka dari segi kisah-kisah dan cerita-cerita yang terdaholo termasuk berita-berita dan cerita-ceriita yang berasal dari orang-orang Yahudi dan Nasrani, bahkan kadang-kadang berasal dari kaum Zindik yang ingin merosak agama Islam. Dalam menghadapi tafsir yang sepenti ini sangat diperlukan penelitian dan pemeriksaan oleh kaum Muslim sendlri. Yang mentafsirkan Al Qur’an secara ini yang paling terkenal ialah Atsa Tsa’labi, kemudian ‘Alaauddin bin Muhammad Al Baghdaadi (wafat 741 H), tafsir Al Khaazin juga termasuk golongan ini . 4. Golongan yang mengutamakan pentafsiran ayat-ayat yang berhubungan dengan hukum: menetapkan hukum-hukum fikh. Pentafsiran yang seperti ini telah dilakukan oleb Al Qurthuby dengan tafsirnya: Jami’ Ahkaamul Qur’an; Ibnul Araby dengan tafsirnya: Ahkaamul Qur’an, Al Jashshaash dengan tafsirnya: Ahkaamul Qur’an, Hasan Shiddiq Khan dengan tafsirnya: Nailul Maraam. 5. Golongan yang mentafsirkan ayat-syat Al Qur’an yang berhubungan dengan sifat-sifat Allah. Ayat-ayat itu seakan-akan berlawanan dengan sifat-sifat kesucian dan ketinggian Allah. Lalu dengan pentafairan itu teranglah bahwa ayat-ayat itu tidak berlawanan dengan sifat-sifat Allah yang sesungguhnya. Pentafsir yang terkenal mentafsirkan ayat seperti tersebut di atas ialah Imam Ar Razy (meninggal 610 H) dengan tafsirnya: Mafa’tihul Ghaib. 6. Golongan yang menitikberatkan pentafsirannya kepada isyarat-isyarat Al Qur’an yang berhubungan dengan ilmu solok dan tashawwuf, seperti tafsir: Ar Tasturi, susunan Abu Muhammad Sahl bin Abdullah At Tasturi. 7. Golongan yang hanya memperkatakan lafazh Al Qur'an yang gharib (yang jarang terpakai dalam perkataan sehari-hari), seperti kitab Mu'jam Ghariibil Qur’an, nukilan Muhammad Fuad Abdul Baaqi dari Shaheh Bukhari.
· 1. Aliran Mu'tazilah, Banyak sekali, bahkan ratusan kitab-kitab tafsir yang dikarang menurut aliran ini sesuai dengan dasar-dasar pokok aliran Mu’tazilah. Tetapi yang sampai kepada generasi sekaang amat sedikit sekali jumlahnya, seperti Kitab Majaalisusy Syariff al Murtadba. Menurut pendapat sebahagian ahli tafsir kitab Majaalisusy Syariif al Murtadha bernafaskan aliran Syi’ah Mu’tazilah. Kumpulan tafsir ini sekarang telah dicetak di Mesir dengan nama Amali Al Murtadha. 2. TafsirAliran Syi’ah. Kaum Syi’ah banyak menghasilkan kitab-kitab tafsir. Pentafsiran mereka ditujukan kepada pengagungan Ali dan keturunannya, penghinaan terhadap Abu Bakar, Umar, Utsman dan sebagainya. Mereka berani melakukan ta'wil yang jauh sekali untuk kepentingan aliran mereka. |
Zaman baru |
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar